Program Klik Dengan Bijak (KDB)

10 April 2019 | Rabu
10.30 pagi - 12.30 tengahari | Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perlis, Perlis

Tujuan:
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Kelebihan:
• Pihak PI mendapat sambutan mengalakkan dari peserta.
• Menjalinkan hubungan erat dan mengatur program akan datang dengan pihak luar.
• Pi akan dikenali sebagai hub pendidikan ICT di kawasan Santan dan sekitar.
• Program lain akan diteruskan kerana teknologi yang maju disediakan pihak Digi dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk.

Penglibatan:
Pegawai MCMC & Pegawai Penerangan.

Perlaksanaan Aktiviti:
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama