Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Masa selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat setempat.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan gambaran negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat", nama Perlis diambil dari nama pohon yaitu "Pohon Perlis".

Ketika itu, daerah Perlis adalah di tenggara berbatasan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, berhadapan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan daerah negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakan balasan penduduk setempat secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mutlak kepada pembesar setempat bagi daerah jajahan Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, saat Syed Hussin Jamalullail sebagai wakilnya. Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengakuan dari status tanah jajahan menjadi status sebuah negeri naungan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KELAS ICT – STEM (HOW TO MAKE ROCKET USING PAPER AND STRAW)

Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2023

Menarik minat peserta tentang apa itu STEM dan bagaimana cara melakukannya...............baca selanjutnya

KELAS ICT – STEM (HOW TO MAKE LAVA LAMP)

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2023

Menarik minat peserta tentang apa itu STEM dan bagaimana cara melakukannya...............baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) – SIBER BULI & ONLINE GROOMING

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2023

Untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang apa itu buli siber & online grooming..............baca selanjutnya

KELAS ICT “GAMES EDUCATION – SPEED TYPING”

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2023

Memberi ilmu berkenaan pengunaan microsoft word dengan betul..............baca selanjutnya

KELAS MICROSOFT WORD (TAJUK CITA-CITA SAYA)

Aktiviti Terkini | 15 April 2023

Memberi ilmu berkenaan pengunaan microsoft word dengan betul..............baca selanjutnya

KURSUS “PHOTO EDITING” ANJURAN BERSAMA KEMAS ALOR TAMPANG

Aktiviti Terkini | 7-9 Mac 2023

Memberi ilmu baru tentang cara mengedit gambar dengan lebih menarik.............baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK: OVERSHARING & BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2023

Mendedahkan kepada pelajar tentang apa itu sebenarnya maksud Oversharing dan buli siber.............baca selanjutnya

KELAS ICT: CANVA – MENCIPTA JADUAL BELAJAR (TIMETABLE)

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Untuk membantu pelajar untuk lebih mahir mengunakan kemudahan komputer & internet............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya