Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Masa selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat setempat.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan gambaran negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat", nama Perlis diambil dari nama pohon yaitu "Pohon Perlis".
Ketika itu, daerah Perlis adalah di tenggara berbatasan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, berhadapan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan daerah negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakan balasan penduduk setempat secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mutlak kepada pembesar setempat bagi daerah jajahan Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, saat Syed Hussin Jamalullail sebagai wakilnya. Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengakuan dari status tanah jajahan menjadi status sebuah negeri naungan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)-Fasa 1
Aktiviti Terkini | 20 Disember 2017Memberi pendedah tentang kegunaan portal dan aplikasi yang baru dibangunkan khas untuk sector pertanian... baca selanjutnya
Kursus Online Marketing Usahawan Perlis
Aktiviti Terkini | 9 Disember 2017Kursus ini diadakan untuk memberi maklumat kepada peserta yang lemah didalam bidang pemasaran atas talian (Online Marketing). Kursus ini juga turut dihadiri oleh pakar pemasaran atas talian untuk memberi taklimat... baca selanjutnya
Bengkel Latihan Mengunakan 3D Printer Di PI1M Padang Pauh
Aktiviti Terkini | 20 - 21 Oktober 2017Tujuan aktiviti sebegini adalah dapat menarik minat pelajar dan penduduk dalam... baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Kad
Aktiviti Terkini | 23 September 2017Tujuan utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat dan mengingatkan kanak-kanak... baca selanjutnya
Made Movie Slideshow via Powtoon
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2017Bertujuan untuk melatih dan mengajar pelajar dalam membuat movie slideshow dengan menggunakan software powtoon... baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 17 Julai 2017Program klik dengan bijak kali ini diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Long Boh dan... baca selanjutnya
Jamuan Hari Raya AidilFitri 2017
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017Jamuan Hari raya diraikan bersama penduduk setempat dan ahli PI1M... baca selanjutnya
Made Video/Slideshow
Aktiviti Terkini | 14 Jun 2017Bertujuan untuk mengajar pelajar tentang video dan bagaimana untuk... baca selanjutnya
'How to Create and Manage Email?'
Aktiviti Terkini | 7 Mei 2017Tujuan aktiviti ini dijalan adalah untuk mengajar bagaimana untuk membuat email dan... baca selanjutnya
Drawing 'Car Dream'
Aktiviti Terkini | 6 April 2017Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kretiviti tentang mencipta sebuah kereta idaman... baca selanjutnya
Extra Class ( Math Tuition)
Aktiviti Terkini | 20 Mac 2017Program ini bertujuan adalah untuk memberikan kelas tusyen kepada mereka yang... baca selanjutnya
Smart learning using ABCYA.com
Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017Program ini bertujuan untuk mengajar mereka bagaimana untuk belajar dan menggunakan... baca selanjutnya
Typing speed test class
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017Aktiviti ini adalah untuk menguji kepantasan kepada mereka yang mahir dalam menaip... baca selanjutnya
Kelas Membina akaun Emel
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2017Aktiviti ini adalah untuk mengajar kepada mereka yang kurang mahir dalam membuat... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia ini seperti kelas komputer dan sebagainya.
Latihan Usahawan PERCUMA
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya