Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Masa selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat setempat.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan gambaran negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat", nama Perlis diambil dari nama pohon yaitu "Pohon Perlis".

Ketika itu, daerah Perlis adalah di tenggara berbatasan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, berhadapan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan daerah negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakan balasan penduduk setempat secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mutlak kepada pembesar setempat bagi daerah jajahan Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, saat Syed Hussin Jamalullail sebagai wakilnya. Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengakuan dari status tanah jajahan menjadi status sebuah negeri naungan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


KURSUS USAHAWAN (TEKNIK BERIKLAN DI PAGE FACEBOOK)

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2019

Membantu mendalami ilmu Online Marketing....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DI SK CHANGKAT JAWI

Aktiviti Terkini | 12 November 2019

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SUKANEKA AHLI PI

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2019

Menggalakkan ahli Pi untuk mengambil bahagian di setiap aktiviti anjuran Pi...baca selanjutnya

BENGKEL ICT BERSAMA PENGERUSI MPKK PARLIMEN PADANG BESAR DAN KEMAS

Aktiviti Terkini | 26 September 2019

Memberi pendedahan pembelajaran komputer dan atas talian...baca selanjutnya

PROGRAM KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2019

Mengeratkan hubungan bersama penduduk dan ahli pusat Internet..baca selanjutnya

KURSUS USAHAWAN(TEKNIK BERNIAGA DI SHOPPE)

Aktiviti Terkini |7 Julai 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar...baca selanjutnya

PROGRAM MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV)

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2019

Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) merupakan program kesukarelaan yang dicetuskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Program itu bukan sekadar membantu komuniti menjadi celik ICT dan membudayakan penggunaan internet secara bertanggungjawab, malah lebih daripada itu, MCMC melalui inisiatif tersebut berhasrat melihat masyarakat meningkatkan sosioekonomi mereka melalui penggunaan ICT....baca selanjutnya

Program Menyambut Ramadhan

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2019

PI Padang Pauh menganjurkan majlis menyambut bulan ramdhan bersama penduduk sekitar dan ahli Pusat Internet... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 10 April 2019

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Program Taklimat Klik Dengan Bijak Pelajar SK Long Boh, Perlis

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang IT kepada pelajar. Di samping itu juga, program ini boleh memperluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai teknologi maklumat atau IT yang sedia ada... baca selanjutnya

Program Usahawan - Copywriting

Aktiviti Terkini | 2 Mac 2019

Bertujuan memainkan peranan Pusat Internet di kalangan usahawan untuk berkongsi Ilmu keusahawanan secara Online... baca selanjutnya

Pertandingan Mereka Roket Menarik

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan diantara ahli PI dan petugas. Selain itu program ini juga diadakan untuk melibatkan kanak-kanak setempat... baca selanjutnya

Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya