Mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)



Sejarah

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Masa selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat setempat.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan gambaran negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat", nama Perlis diambil dari nama pohon yaitu "Pohon Perlis".

Ketika itu, daerah Perlis adalah di tenggara berbatasan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, berhadapan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan daerah negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakan balasan penduduk setempat secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mutlak kepada pembesar setempat bagi daerah jajahan Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, saat Syed Hussin Jamalullail sebagai wakilnya. Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengakuan dari status tanah jajahan menjadi status sebuah negeri naungan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


LIVE DI FB PAGE: PENGENALAN SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) & TUTORIAL ELEMEN CANVA.

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2021

Tujuan live ini diadakan adalah untuk berkongsi info-info yang berguna untuk masyarakat terutamanya usahawan.........baca selanjutnya

FACEBOOK PAGE: PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA & PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 15 November 2021

Memberi pendedahan tentang pakej yang disediakan oleh pihak Digi........baca selanjutnya

TOPIK: MENJADI PENGUNA DIGITAL BIJAK BERSAMA CFM – POCKET TALK ONLINE

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2021

Memberi pendedahan tentang apa itu tugas-tugas CFM.......baca selanjutnya

TOPIK: KISAH KEJAYAAN USAHAWAN PIK & TIPS BERNIAGA DI SHOPEE (LIVE DI PAGE)

Aktiviti Terkini | 25 September 2021

Memberi pendedahan tentang ilmu perniagaan di platfom e-dagang (shopee).......baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: PENTINGNYA KESEDARAN TENTANG VAKSIN

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2021

Memberi pendedahan tentang pentingnya pengambilan Vaksin di kalangan komuniti.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK : ONLINE GROOMING ‘SEXTING’

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2021

Memberi pendedahan tentang kesan Online grooming kepada individu.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK -BULI SIBER SECARA LANGSUNG

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2021

Memberi pendedahan tentang kesan buli siber kepada individu.....baca selanjutnya

KELAS ICT ATAS TALIAN (POWER POINT)

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2021

Memberi pendedahan tentang pengunaakn aplikasi power point.....baca selanjutnya

KELAS ICT ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 23 April 2021

Memberi pendedahan tentang laman web percuma untuk belajar.....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA PERKESO

Aktiviti Terkini | 4 Mac 2021

Memberi pendedahan peluang pekerjaan.....baca selanjutnya

VIDEO LIVE: KURSUS USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2021

Membantu mendalami ilmu "Online Marketing".....baca selanjutnya

KURSUS USAHAWAN: TEKNIK BERNIAGA MELALUI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Membantu mendalami ilmu Online Marketing....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya