Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Masa selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat setempat.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan gambaran negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat", nama Perlis diambil dari nama pohon yaitu "Pohon Perlis".

Ketika itu, daerah Perlis adalah di tenggara berbatasan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, berhadapan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan daerah negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakan balasan penduduk setempat secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mutlak kepada pembesar setempat bagi daerah jajahan Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, saat Syed Hussin Jamalullail sebagai wakilnya. Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengakuan dari status tanah jajahan menjadi status sebuah negeri naungan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KELAS TIKTOK SHOP AFFILIATE

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022

Ingin membantu usahawan – usahawan setempat yang berminat untuk memulakan perniagaan di platform Tiktok...........baca selanjutnya

KELAS ICT BERSAMA TADIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 4 November 2022

Untuk menarik minat anak -anak tadika tentang pentingkan pengetahuan ilmu berkaitan ICT..........baca selanjutnya

KELAS BERSAMA USAHAWAN ( MENGAMBIL GAMBAR PRODUK)

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022

Untuk membantu usahawan mempelajari cara mengambil gambar produk mereka dengan lebih cantik dan menarik...........baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 24 Sept 2022

Untuk membantu usahawan meluaskan lagi perniagaan mereka dengan menjual di Shopee...........baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2022

Untuk meyemarakkan lagi semangat kemerdekaan terhadap peserta-peserta yang terlibat dengan aktiviti di PEDi Padang Pauh............baca selanjutnya

KELAS ICT: PENGENALAN KOMPUTER & MS WORD (BINA SURAT RASMI)

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2022

Memberi pendedahan berkenaan komponen dan fungsi komponen komputer kepada ahli PEDi Padang Pauh...........baca selanjutnya

KELAS ICT: ASAS MS POWERPOINT (HASILKAN SLAID PEMBENTANGAN)

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2022

Membantu mendalami ilmu ICT..........baca selanjutnya

POSTER SEMPENA HARI GURU MENGGUNAKAN CANVA

Aktiviti Terkini | 16 Mei 2022

Memberi ilmu tentang kemahiran mengedit gambar dan menghasilkan poster yang menarik.........baca selanjutnya

KAFETEEN ADVOKASI: REMAJA SIHAT REMAJA BIJAK (SIRI III)

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Memberi ilmu tentang subjek bahasa melayu terutama kepada pelajar yang masih lemah dalam mata pelajaran bahasa melayu.........baca selanjutnya

BELAJAR MELALUI LAMAN INTERAKTIF WORDWALL (SUBJEK: BAHASA MELAYU)

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022

Memberi pendedahan tentang pentingnya gaya hidup yang sihat terutamanya golongan remaja yang ada masalah berat badan atau obesiti..........baca selanjutnya

PENGENALAN APLIKASI MYKAFETEEN SESI 1

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Memberi pendedahan kepada golongan remaja tentang aplikasi pintar baharu yang disediakan oleh pihak LPPKN Malaysia untuk golongan remaja.........baca selanjutnya

PROGRAM TEMUDUGA BERSAMA USAHAWAN PEDI PADANG PAUH

Aktiviti Terkini | 1 Januari 2022

Membantu usahawan dalam proses menambah pekerja baru dan untuk memudahkan kerja dan urusan usahawan PEDi.........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya