KAFETEEN ADVOKASI: REMAJA SIHAT REMAJA BIJAK (SIRI III)

Aktiviti terkini | 16 April 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
Program yang berlangsung selama 2 jam ini diadakan dengan Kerjasama daripada pihak LPPKN Negeri Perlis, Seramai 10 peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan remaja hadir bagi menjayakan program ini. Program ini diadakan di PEDi Padang Pauh dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.


Tujuan :
• Memberi pendedahan tentang pentingnya gaya hidup yang sihat terutamanya golongan remaja yang ada masalah berat badan atau obesiti.
• Menerangkan tentang masalah golongan remaja yang semakin membimbangkan pada masa kini.


Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini diadakan untuk peserta remaja yang berumur 12 tahun- 24 tahun sahaja.
• Program ini menfokuskan tentang isu-isu atau masalah remaja di Malaysia.
• Sesi kali ini lebih kepada penerangan tentang cara gaya hidup yang lebih teratur dan sihat.
• Seramai 2 orang wakil daripada pihak LPPKN hadir untuk sesi KAFETEEN yang ketiga ini terdiri daripada unit kaunseling dan jururawat bertauliah.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu golongan remaja yang bermasalah.
• Memberi kesedaran tentang pentingnya menjalani gaya hidup yang sihat.
• Menyediakan aplikasi pintar yang menarik untuk golongan remaja mengunakannya.
• Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama petugas PEDi dan orang awam.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :