KELAS TIKTOK SHOP AFFILIATE

Aktiviti terkini | 17 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ini berlangsung selama 2 jam bertempat di PEDi Padang Pauh, Perlis. Seramai 10 orang peserta hadir untuk mempelajari Teknik jualan di TikTok shop. Kelas ini menfokuskan tentang Affiliate iaitu bagaimana usahawan ingin berniaga barang usahawan yang lain di tiktok tanpa mengeluarkan modal sendiri. Petugas dan rakan digital daripada PEDi Changlun & Tunjang turut hadir untuk mempelajari ilmu berkaitan TikTok Shop ini.

Tujuan :
• Ingin membantu usahawan – usahawan setempat yang berminat untuk memulakan perniagaan di platform Tiktok.
• Memberi pendedahan dan ilmu baru kepada usahawan yang masih belum mahir mengunakan TikTok Shop.

Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas ini dihadiri oleh 10 orang usahawan PEDi Padang Pauh.
• Usahawan diajar cara untuk membuat jualan di Tiktok Shop.
• Kelas ini turut dibantu oleh petugas dan Rakan digital daripada PEDi Changlun & Tunjang.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu usahawan yang masih kurang mahir dalam meningkatkan jualan di TikTok Shop.
• Memberi pendedahakan tentang Platform TikTok shop yang semakin mendapat perhatian di media sosial.
• Mengeratkan hubungan sesama petugas dan semua usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :