PENGENALAN APLIKASI MYKAFETEEN SESI 1

Aktiviti terkini | 19 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
Program yang berlangsung selama 1 jam ini diadakan dengan Kerjasama daripada pihak LPPKN Negeri Perlis, Seramai 10 peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan remaja hadir bagi menjayakan program ini. Program ini diadakan di PEDi Padang Pauh dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada golongan remaja tentang aplikasi pintar baharu yang disediakan oleh pihak LPPKN Malaysia untuk golongan remaja.
• Menerangkan tentang masalah golongan remaja yang semakin membimbangkan pada masa kini.


Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini diadakan untuk peserta remaja yang berumur 12 tahun- 24 tahun sahaja.
• Program ini menfokuskan tentang isu-isu atau masalah remaja di Malaysia.
• Seramai 3 orang wakil kaunseling daripada pihak LPPKN hadir untuk sesi KAFETEEN yang pertama ini.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu golongan remaja yang bermasalah. • Menyediakan aplikasi pintar yang menarik untuk golongan remaja mengunakannya.
• Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama petugas PEDi dan orang awam.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :