PROGRAM TEMUDUGA BERSAMA USAHAWAN PEDI PADANG PAUH

Aktiviti terkini | 1 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Nuorah Jewels HQ (Pejabat usahawan PEDI)

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Padang Pauh diberi kepercayaan oleh usahawan untuk membantu usahawan dalam proses temuduga yang diadakan di pejabat mereka. Seramai hampir 15 orang datang untuk sesi temuduga ini. Petugas PEDi berperanan untuk memastikan program temuduga ini berjalan dengar lancar.


Tujuan :
• Membantu usahawan dalam proses menambah pekerja baru dan untuk memudahkan kerja dan urusan usahawan PEDi.
• Petugas PEDi diberi kepercayaan untuk menjayakan program ini


Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Petugas memastikan setiap individu yang hadir bagi program temuduga ini telah bersiap sedia sebelum ditemuduga.
• Memastikan semua individu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
• Pemilik syarikat ini, iaitu usahawan di bawah seliaan PEDi Padang Pauh memberi sepenuh kepercayaan kepada petugas PEDi sepanjang program berlanngsung.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan lagi hubungan diantara petugas PEDi dan Usahawan.
• Memberi ilmu baru terhadap petugas PEDi terutama dalam segi penyeliaan program.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :