KELAS ICT: PENGENALAN KOMPUTER & MS WORD (BINA SURAT RASMI)

Aktiviti terkini | 16 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
Program ini diadakan untuk memperkenalkan fungsi komponen komputer kepada ahli PEDi Padang Pauh dan mempelajari cara untuk menghasilkan surat rasmi menggunakan Microsoft Word.


Tujuan :
• Memberi pendedahan berkenaan komponen dan fungsi komponen komputer kepada ahli PEDi Padang Pauh.
• Meningkatkan kemahiran ICT.
• Mengeratkan hubungan PEDi Padang Pauh dan komuniti.
• Menarik minat pelajar untuk lebih mendalami dan menguasai literasi komputer.


Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas ICT percuma ini dihadiri oleh peserta yang berdaftar sebagai ahli PEDi Padang Pauh.
• Kelas ICT ini menfokuskan secara terperinci format surat rasmi tunjuk sebab tidak hadir sekolah.
• Kelas ICT ini memberi pendedahan penggunaan Microsoft Word dan butang pada papan kekunci.
• Kelas berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat yang positif untuk terus hadir ke kelas ICT yang seterusnya.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis menggunakan Microsoft Word.
• Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama petugas PEDi dan orang awam.
• Aplikasi yang digunakan oleh petugas PEDI mudah untuk pelajar fahami dan pelajari.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :