KELAS ICT: ASAS MS POWERPOINT (HASILKAN SLAID PEMBENTANGAN)

Aktiviti terkini | 12 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
Program ini diadakan untuk mengajar ahli PEDi Padang Pauh menggunakan komputer dan mempelajari cara untuk menghasilkan slaid pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint.


Tujuan :
• Membantu mendalami ilmu ICT.
• Memberi pendedahan pembelajaran komputer dan atas talian.
• Memperkemaskan ilmu ICT.
• Mengeratkan hubungan PEDi Padang Pauh dan komuniti.
• Menarik minat pelajar untuk lebih meminati subjek berkaitan multimedia dan kemahiran komputer.


Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Santan yang berdaftar sebagai ahli PEDi Padang Pauh.
• Kelas ICT ini menfokuskan tentang penghasilan slaid pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint.
• Kelas berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat yang positif untuk terus hadir ke kelas ICT yang seterusnya.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu pelajar meningkatkan kreativiti dalam menyiapkan kerja rumah berkaitan MS Powerpoint dan pembentangan.
• Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama petugas PEDi dan orang awam.
• Aplikasi yang digunakan oleh petugas PEDI mudah untuk pelajar fahami dan pelajari.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :