BELAJAR MELALUI LAMAN INTERAKTIF WORDWALL (SUBJEK: BAHASA MELAYU)

Aktiviti terkini | 20 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ICT ini diadakan di PEDi Padang Pauh Bersama dengan ahli-ahli PEDi yang lain. Seramai 10 orang ahli PEDi menjayakan kelas ICT kali ini. Kelas ini diadakan bagi membantu adik – adik yang masih belum mahir dalam menguasai subjek Bahasa Melayu. Kelas berlangsung dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Tujuan :
• Memberi ilmu tentang subjek bahasa melayu terutama kepada pelajar yang masih lemah dalam mata pelajaran bahasa melayu.
• Menarik minat pelajar untuk lebih meminati subjek bahasa melayu.

Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas ini dihadiri oleh adik-adik sekolah rendah yang juga terdiri daripada ahli PEDi Padang Pauh.
• Kelas ICT ini menfokuskan tentang topik Bahasa melayu yang diajar di sekolah rendah.
• Kelas berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat yang positif untuk terus hadir ke kelas ICT yang seterusnya.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu pelajar yang lemah dalam matapelajaran Bahasa melayu.
• Aplikasi yang digunakan oleh petugas PEDI mudah untuk pelajar fahami dan pelajari.
• Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama petugas PEDi dan orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :