POSTER SEMPENA HARI GURU MENGGUNAKAN CANVA

Aktiviti terkini | 16 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ICT ini diadakan di FB Page Pusat Ekonomi Digital Padang Pauh bersama dengan ahli-ahli PEDi yang lain. Kelas ini diadakan bagi membantu adik – adik yang ingin menghasilkan poster atau ucapan secara digital kepada guru mereka sempena Hari Guru pada 16 Mei 2022.


Tujuan :
• Memberi ilmu tentang kemahiran mengedit gambar dan menghasilkan poster yang menarik.
• Menarik minat pelajar untuk lebih meminati subjek berkaitan multimedia.


Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas ini dihadiri oleh komuniti Padang Pauh dang pengikut FB Page PEDi Padang Pauh.
• Kelas ICT ini menfokuskan tentang penghasilan poster.
• Kelas berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat yang positif untuk terus hadir ke kelas ICT yang seterusnya.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu pelajar meningkatkan kreativiti dalam bidang multimedia.
• Aplikasi yang digunakan oleh petugas PEDI mudah untuk pelajar fahami dan pelajari.
• Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama petugas PEDi dan orang awam.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :