KELAS BERSAMA USAHAWAN ( MENGAMBIL GAMBAR PRODUK)

Aktiviti terkini | 16 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti ini berlangsung di PEDi Padang Pauh dan seramai 3 orang usahawan hadir untuk melihat & mempraktikkan sendiri teknik mengambil gambar dengan betul. Usahawan membawa produk perniagaan masing-masing dan petugas PEDi Menerangkan Teknik supaya gambar produk dapat diambil dengan lebih cantik untuk tujuan dikomersialkan di platform Shopee dan media sosial.

Tujuan :
• Untuk membantu usahawan mempelajari cara mengambil gambar produk mereka dengan lebih cantik dan menarik.
• Memberi ilmu yang berguna untuk usahawan terutamannya yang belum mahir tentang cara mengambil gambar produk.

Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta dan diadakan di PEDi Padang Pauh
• Peserta terdiri daripada komuniti setempat dan merupakan usahawan PEDi
• Kelas berlangsung selama 2 jam dan focus utama aktiviti kali ini ada Teknik mengambil gambar dengan lebih menarik.
• Rakan digital turut hadir bagi membantu usahawan sepanjang kelas berlangsung.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu usahawan yang ingin memulakan perniagaan di Shoppe
• Memberi pegetahuan baru kepada usahawan tentang Teknik mengambil gambar dengan betul.
• Mengeratkan hubungan sesama petugas dan usahawan-usahawan baru.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :