KLIK DENGAN BIJAK: OVERSHARING & BULI SIBER

Aktiviti terkini | 16 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior

Ringkasan Aktiviti :
Program klik dengan bijak ini (KDB) berlangsung selama 3 jam dan bertempat di SMK Pulau Nyior. KDB Kali ini membincangkan tentang apa itu “oversharing” dan “buli siber”.
Aktiviti lain dan juga kuiz berkaitan turut diadakan sepanjang KDB ini berlangsung.Seramai 200 orang pelajar hadir bagi menyertai program kali ini. Selain daripada PEDi Padang Pauh, PEDi Changlun dan PEDi Tunjang turut hadir Bersama bagi melancarkan lagi program KDB ini.

Tujuan :
• Mendedahkan kepada pelajar tentang apa itu sebenarnya maksud Oversharing dan buli siber.
• Memberi kefahaman kepada pelajar khususnya pelajar sekolah menengah tentang kesan jika menjadi mangsa buli siber dan apa yang akan berlaku kepada pelajar jika terlebih oversharing di platform media sosial.

Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini dihadiri oleh pelajar SMK Pulau Nyior seramai 200 orang peserta.
• Topik yang dibincangkan adalah tentang Oversharing & Buli siber.
• Aktiviti dan kuiz turut diadakan supaya pelajar lebih focus dan bersemangat semasa KDB sedang sijalankan.
• PEDi Changlun & PEDi Tunjang turut serta dalam program KDB ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada pelajar tentang apa itu oversharing & buli siber.
• Membantu pelajar untuk tahu tentang cara mengatasi masalah jika terlibat dalam isu oversharing dan buli siber ini.
• Merapatkan lagi hubungan antara Petugas PEDi dan Pihak Sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :