KLIK DENGAN BIJAK (KDB) – SIBER BULI & ONLINE GROOMING

Aktiviti terkini | 10 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Santan

Ringkasan Aktiviti :
Program Klik Dengan Bijak ini diadakan di SK Santan. Program yang berlangsung selama 2 jam ini melibatkan 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Semua guru juga turut terlibat dalam program kali ini. Topik utama yang dibincangkan adalah tentang apa itu buli siber & Online grooming. Penolong Pegarah MCMC Negeri Perlis iaitu En Izwan turut serta hadir dan memberi taklimat berkenaan KDB ini.Program berjalan dengan lancar dan meriah.

Tujuan :
• Untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang apa itu buli siber & online grooming
• Meningkatkan kesedaran para pelajar tentang kesan apabila berlakunya budaya buli siber & online grooming.


Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• KDB kali ini dihadiri oleh pegawas sekolah SK Santan dari tahun 4 hingga 6.
• Para guru juga turut hadir mendengar taklimat KDB ini.
• Kdb kali ini adalah berkaitan tentang BULI SIBER & ONLINE GRROMING.
• Program selama 2 jam ini tamat dengan jayanya dengan bantuan daripada PEDi Changlun & PEDi Padang Pauh.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kesan dan keburukan buli siber & online grooming.
• Membantu pelajar untuk lebih peka dalam hal-hal sebegini.
• Merapatkan lagi hubungan antara Petugas PEDi dan komuniti luar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :